kawan , sahabat , teman :)

Ramai yang hancur hatinya kerana seorang sahabat
 hancur hidupnya kerana sahabat bak kaca ini.
 Menitislah air mata sang sahabat akibat khianatnya seorang sahabat yang lain.
 Kita lupa bahawa hidup ini roda
 kita petah berkata-kata hebat mengagungkan pepatah
 bahawa kita tak selalunya senang dan tidak juga selalu susah.


 Ramai yang akui bahawa sahabat ialah
 orang yang sentiasa berada di sisi kita
 dan akan membantu kita sewaktu kita dalam kesusahan. 
Ramai juga yang mengakui dirinya sebagai sahabat
 dan ramai juga yang tidak ketahui bahawa
 tidak semua sahabat itu adalah betul-betul sahabat.

Kita perlu sedar bahawa kehidupan dan kematangan
 diri kita mestilah sejajar dengan umur kita
 ada yang sentiasa mengakui dirinya telah
 dewasa namun masih lagi bertindak 
seperti tindakan orang yang tidak matang

.
 Segala permasalahan perlulah 
diselesaikan secara dewasa dan matang.
 Fitnah dan memfitnah tidak sepatutnya
 ada dalam dunia persahabatan
jika ada yang tidak berpuas hati maka jalan 
penyelesainnya bukan melalui pergaduhan tengking-menengking
dendam mendendami, musuh bermusuhan, 


sampai bila semua ini akan berlanjutan? 
Panjang sangatkah umur kita ini? 
Sempatkah kita akan bermaaf-maafan 
sebelum kita mati? 
Kita tahukah bila kita kan pergi?
 Sudah selesaikah permasalahan kita sesama manusia?


Jangan pecahkan kaca persahabatan itu
 dan jadikanlah ia tetap segar walau dalam ingatan sekalipun.
 Bersabarlah buat mereka yang teraniaya oleh sahabatnya
 tidak kemananya mereka yang demikian
suatu hari nanti pasti penyesalan itu mengunjungi mereka 


 dan pada saat itu mereka akan sedar
 siapa sahabat yang sebenarnya dan siapa sahabat yang palsu itu
....Ingatlah hidup kita ini penuh dengan pilihan
segala pilihan itu terletak pada diri kita sendiri tidak pada orang lain.
 Jika kita memilih sahabat yang sering menyakiti hati
 kita maka sakitlah hati kita


 jika kita memilih sahabat yang sering tidak senang
 dengan kesenangan kita maka resahlah hidup kita,
 jika kita memilih sahabat yang sering ingin menyekat hak kita,
 dan janganlah kita memilih sahabat yang akan berbuat khianat terhadap kita,
jangan kita memilih sahabat yang rapat dengan kita adalah semata-mata kita mempunyai harta dan wang, janganlah kita memilih sahabat yang sering mencemburui kejayaan kita ataupun yang penuh hasad dan dengki semata-mata, jangan juga lupa bahawa tak semua sahabat itu kekal selama-lamanya.
Heart Chat Bubble